Total Pageviews

Tuesday 15 March 2011

Botol Susu Anak Kita

Assalamualaikum

Smlm kerajaan da umumkan pasal botol susu yg diharamkan secara berperingkat sehingga 2012. Walaupun ramai antara kita yg da yakin dgn botol susu yg tertera BPA Free masih dikhuatiri ttg kesahihan dan bukti saintifiknya.

Aku percaya ramai ibu yg cemas gak dgn pengumuman nih. Smlm husband aku terus belek2x botol susu Dina. Kalu ikut dlm paper PC yg tak elok kan. PP kira okey ke mcm mane? Sbb aku mmg beli yg mcm PP tuh. Yg PC tuh aku tk beli sbb nampak mudah pecah n lbh rapuh.

Botol2x susu Dina pun nak kena tukar dah. Aku beli ms Dina 2-3 bulan. Ada lagi dlm 6 bulan & kena tukar.
Ini maklumat yg aku dpt drpd MOH. So jadikanla panduan yek. Sama-sama kita berhati2x.

 NSTpix by Izhari Ariffin.


PANDUAN PENGGUNAAN BOTOL SUSU BAYI POLIKARBONAT

a)         Kenalpasti Botol Susu Bayi Polikarbonat

Botol susu  bayi  polikarbonat bersifat keras dan lutsinar di mana ianya mengandungi Bisphenol A (BPA).  Botol susu  ini boleh dikenalpasti melalui  kod identifikasi plastik  yang biasa didapati di bawah botol susu bayi seperti berikut:

a. Nombor 7
b. Nombor 7 dan PC
c. Nombor 7 dan ‘other’

Botol susu bayi yang bebas BPA biasanya dilabelkan dengan perkataan ‘BPA free’ atau bebas BPA.

b)         Pengendalian Botol Susu Bayi Polikarbonat

1.         Steril botol susu bayi polikarbonat mengikut arahan pengendalian yang terdapat pada label atau yang diberikan oleh pengeluar sekiranya ada. Jika tiada, pengguna perlu merendam botol susu bayi  polikarbonat  dalam air yang mendidih selama 5 hingga 10 minit.

2.         Elakkan menggunakan air panas secara terus dalam botol susu bayi polikarbonat untuk membancuh susu.2

3.         Guna peralatan mencuci botol susu yang sesuai seperti span dan berus yang lembut bagi mengelakkan permukaan dalam menjadi rosak dan bercalar.

4.         Sentiasa periksa permukaan dalam botol susu dan sekiranya terdapat kesan calar atau rosak, botol susu perlu diganti. Sekiranya tiada kerosakan, botol susu perlu diganti setiap 6 bulan. 


Namun, pengguna juga boleh membuat pilihan awal dengan menukarkan penggunaan botol susu bayi polikarbonat kepada  botol susu bayi yang  bebas BPA mengikut kemampuan masing-masing. Terdapat pelbagai alternatif botol susu bayi di pasaran  seperti  yang diperbuat daripada  polypropylene (PP),  polyethersulfone (PES), polyamides (PA), kaca dan lain-lain.

No comments:

Post a Comment