Total Pageviews

Tuesday 6 August 2013

Last Day ...

Assalamualaikum....

Hari ni hari terakhir bekerja sebelum kita semua mula bercuti raya. Pagi tadi masuk ofis keadaan agak sunyi. Lebih kurang jam 8.15 minit pagi tiba-tiba terdengar keriuhan menyambut berita gembira sahabat baik ku Berjaya dalam temuduga jawatan EO yang lepas. Syukur Alhamdulillah ... seperti yang aku jangka tahun ni rezeki kami lain-lain. So happy for her tapi sedih gak sebab nanti dia kena bertukar dari jabatan ni. Seorang lagi pun Berjaya sebagai calon simpanan. Nampaknya dua-dua akan bertukar. So tinggal la aku kat sini selagi rezeki masih di sini. Seronok tgk reaksi diorang tadi. Harap diorang tak lupa kat aku di sini. Harap still boleh jadik best friend walau pun dah tk sama jabatan. :)

Aku pulak sekarang kandungan dah hampir mencecah bulan ke-8. Gementar menanti kelahiran baby baru. Semalam office mate lama dah bersalin normal. Syukur Alhamdulillah. Harap dapat bersalin normal kali ni macam dia. Persiapan baby masih ada yang belum lengkap. Akan ku lengkapkam selepas raya nanti. Lagipun due 13 Oktober... masih ada masa, InnsyaAllah....