Total Pageviews

Tuesday, 19 July 2016

Assalamualaikum..

Lama gile kot tak update... hihihihi

Mak pun dah 2 tahun tk bersama kami. Tapi yg bestnye dpt beraya dgn abah tahun ni...Tak tahu kenapa tapi ape yg kami buat tahun ni byk tk menjadi. Rendang dan kuah kacang kami basi dalam tempoh sehari je... Kami redha...abah pun dah semakin pelupa. Kesian abah.
Macam biasa tahun ni kak long tk balik lg... Dugaan syawal kot
Bukan tu je...hari raya ketiga dah plan nk blk Sabak Bernam...tk kereta rosak... terpaksa dibatalkan balik kl dulu...tp kereta dah baik dah cuma sbb dah lewat tk berani nk travel mlm2 ke SB...So tahun ni sehari je beraya di SB. Adik2 beradik papa sume balik raya ke5. Kami pun follow...


Hari raya tahun ni simple...just penuhi permintaan abah berjalan raya. Kami sekeluarga ke kg mak di N.9. Jumpa adik beradik mak. Jumpa saudara mara lain jugak. 

All and all sumenye ok... 

Selamat Hari Raya. Maaf zahir batin.

Monday, 17 March 2014

Setelah Sekian Lama....

Assalamualaikum...

Lamanye tak update blog ni. Masih wujud rupanya ungat dah kena terminate sbb lama sgt tk buka. Baiklah ini ringkasan perjalan hidupku yang belum tercatat di dlm blog ni.

1) Pertukaran my bff(lizdoera) ke KEMENTAH ... miss her
   (terlupa lak nk amik gambar together2 guna fon sendiri)

2) My princess Irdina celebrated her 3rd birthday - 3 Sept 2013
   

3) Kelahiran my 2nd daughter Nur Ain Nadhirah 12 Oct 2013 
   she's 5 months old now)   










 5) Dhira 1st turn over



6. CC Azizah bersara - selamat berehat di samping suami tercinta




 4) Irdina mula pandai tk pakai diapers  - tapi tidur masih pakai
    (sedang cuba ajar dia utk tidur tk pakai tp risau tilam    
    lenjun - actually dah 2-3 kali mama dia ni gagah membasuh dan     menjemur tilam sbb ter jugak)



5) Luangkan masa berBoling dgn kwn2 opis - 15 Mac 2014
   (dptlah kumpulan kami no.2 - sian diorang sbb aku punca)
 

Tu je story sampai last week. Life secara overall alhamdulillah bersederhana sahaja.

Memandangkan negara kita sedang dilanda pelbagai dugaan, banyak yang bermain di fikiran ni. Tapi aku sentiasa doakan yang baik-baik dan berharap segala yang berlaku akan membawa hikmah kepada semua. Ape pun kita mesti berbalik kepada DIA dan meminta hanya kepada DIA kerana segala jawapan adalah milik-NYA. 

Semoga kehidupan kita semua sentiasa diberkati InnsyaaAllah.

  

Tuesday, 6 August 2013

Last Day ...

Assalamualaikum....

Hari ni hari terakhir bekerja sebelum kita semua mula bercuti raya. Pagi tadi masuk ofis keadaan agak sunyi. Lebih kurang jam 8.15 minit pagi tiba-tiba terdengar keriuhan menyambut berita gembira sahabat baik ku Berjaya dalam temuduga jawatan EO yang lepas. Syukur Alhamdulillah ... seperti yang aku jangka tahun ni rezeki kami lain-lain. So happy for her tapi sedih gak sebab nanti dia kena bertukar dari jabatan ni. Seorang lagi pun Berjaya sebagai calon simpanan. Nampaknya dua-dua akan bertukar. So tinggal la aku kat sini selagi rezeki masih di sini. Seronok tgk reaksi diorang tadi. Harap diorang tak lupa kat aku di sini. Harap still boleh jadik best friend walau pun dah tk sama jabatan. :)

Aku pulak sekarang kandungan dah hampir mencecah bulan ke-8. Gementar menanti kelahiran baby baru. Semalam office mate lama dah bersalin normal. Syukur Alhamdulillah. Harap dapat bersalin normal kali ni macam dia. Persiapan baby masih ada yang belum lengkap. Akan ku lengkapkam selepas raya nanti. Lagipun due 13 Oktober... masih ada masa, InnsyaAllah....




Thursday, 9 May 2013

4 bulan

Assalamualaikum

My last entry was about me and husband trying to conceive. Syukur Alhamdulillah now kandungan dah mencecah usia 4 bulan. Syukur sgt Allah makbulkan doa kami. harap doakan yg terbaik untuk kami sekeluarga. Dina is going to be kakak. I hope they will be good to each other and looking forward to more beautiful moments in our lives. :) 

Friday, 7 December 2012

Redhakanlah hatiku..

Assalamualaikum ...

Hari ini 7 Disember 2012 ... misi kurang berjaya. Setelah Irdina mencecah usia 2 tahun pada 3 September lepas, me and my hubby decided to have our 2nd baby memandangkan kitorang dah yakin sket that my body is ready for it. So far tiada sebarang komplikasi pada tubuh (rahim mama) yg dpt dilihat dr mata kasar. Sadly kami masih belum berjaya conceive. Mama mcm mula-mula nk dptkan Dina dulu every month sering rasa kecewa even though dah cuba utk tidak tunjuk sebarang emosi ...dalam hati ni hanya Allah S.W.T. yang tahu. Lately papa selalu mentioned pasal pregnancy .... it breaks my heart when i failed to conceive after 3 months trying especially when it comes to the moment that I need to break the news to my hubby. As if i have let him down. I know secara saintifiknye we are working together in this effort but i still feel that all the weight is on my shoulder. I restrained myself from crying though. I do not want to be weak. I want to be okay and try harder for my hubby and my little darling Dina. I believe Allah has a better plan for me and my hubby.   

Wednesday, 26 September 2012

Sesaje

Assalamualaikum...

Sebagai seasonal blogger tk heran la kan kalu sebulan atau 3 bulan sekali baru nk update blog nih..hihihihih
Lagipun bukan ade follower pun. Ini hanyalah medium aku rekodkan what's in my mind & of course tentang Irdina my precious.
Irdina dah pun 2 tahun. Very talkative dlm bahasa dia lah. Aku pun tk paham. tapi seronok sgt tgk telatah dia yg comel tuh. 
And I'm learning to control my temper quite well. Maklumlah ade je gelagat dan aksi2 Dina yg sentiasa mencabar kesabaran diri ini. Alhamdulillah Allah S.W.T. lah masih kurniakan diri ini dengan  kesabaran. 
Anyway...good news... Next month is my convocation ceremony. Excited giler seh. Bukan ape manelah tau tk berkesemaptan nk study lagi pasni. So takpekan kalu terexcited. hihihihih.. :). Dalam excited pening lak memikirkan nk gi Kedah tu ..byk guna duit. 
Takpelah sekali sekala. 
InsyaAllah kalau semua berjalan lancar nanti akan diupdate blog ini dgn gambar konvo den. 
Tapi sedey gak sbb tk dpt bwk mak n abah sekali. Mintak mak ngan abah Sabak utk gi ngan kami sekeluarga. TQ mak n abah sbb sudi ikut.